Ibu saya ke Australia untuk menyelesaikan pekerjaanya selama tiga minggu . Sudah satu minggu pemergiannya dan tiada khabar darinya . Mungkin ibu sedang sibuk bekerja pekerjaanya sehingga tiada masa untuk menghubungi keluarga . Kedua-dua adik saya menginap ke rumah saudara saya kerana tiada orang di rumah untuk menjaga mereka . Walaupun Mak Munah,kaka kepada ibu,tinggal di rumah saya,dia terlalu lemah untuk menjaga adik-adik saya yang aktif itu . Sudahlah satu minggu kepergian ibu,saya pun ke Jepun untuk mempelajari lebih mengenai pelajaran di Jepun dan cuba mempelajari bahasanya . Saya ke Jepun cuma hanya dua minggu sahaja . Sebelum saya pulang dari Jepun,ibu pasti sudah pulang .
Setelah dua minggu ke Jepun,saya pun balik ke Singapura. Sesampai saya di Lapangan Terbang Singapura, saya terus mengeluarkan telefon bimbit saya untuk menghubungi ibu saya tetapi tiada respon darinya .
Saya cepat-cepat pulang dari rumah dan saya terperanjat dengan khabar yang sangat mengejutkan . Ia sangat menyedihkan untuk mengetahui bahawa ibu sudah pun meninggal . Sudah terlambat,saya tidak dapat mengucap kepadanya bahawa saya sangat menyayanginya .
Sedang saya menangis tanpa berhenti,saya mendapat khabar dari Mak Munah . Beliau berkata bahawa ibu saya meninggal dunia kerana penyakitnya itu yang terus menyeranginya . Ibu dibawa ke rumah sakit dan sudah meninggal dunia kerana mengalami kanker otak .
Malam Ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan , mencari-cari
Kemana pergi , harga diri ini
Bertanyakan berita ,merisik khabar
Mendengar cerita , melaluinya
Kau kuhampiri , tiap hari
Bersama luka di hati
Korus lagu itu tetap bermain di otak saya dan lagu itu untuk ibu kesayangannya . saya tidak tahu bagaimana isi perasaan adik-adik saya kalau mereka mendapat tahu bahawa ibu mereka sudah meninggal dunia .......
No comments:
Post a Comment