Monday, May 17, 2010

Lebih mementingkan teman dari keluarga

Mengapa ramaim remaja zaman kini lebih mementingkan teman daripada keluarga sendiri? Kenapa remaja kini sering meluangkan lebih banyak waktu dengan teman daripada keluarga? Persoalan-persoalan ini selalu dibincangkan oleh golongan ibubapa. Persoalan ini dapat dibahagikan kepada dua kesan,kesan positif dan kesan negatif . Kedua-dua kesan inilah yang menjawab persoalan itu .

Salah satu sebab yang membawa kesan negatif terhadap ibubapa ialah mereka sering mementingkan diri sendiri dan juga pekerjaan mereka daripada anak mereka sendiri . Kesan inilah yang sering berlaku pada zaman kini . Ibubapa sering pulang lambat daripada kerja dan sering tidak meluangkan masa dengan keluarga . Persoalan inilah yang sering dibincangkan dan belum ada solusi untuk menyelesaikannya .

Pelbagai saranan telah dianjurkan . Salah satu daripadanya ialah meluangkan masa dan memperhatikan anak-anak selepas waktu kerja . Ramai ibubapa tidak mengetahui bahawa mereka meluangkan terlalu banyak masa pada pekerjaan mereka . Itulah penyebab perselisihan faham antara satu same lain di dalam keluarga .

Apabila anak menegur ibubapa mereka , ibubapa selalu memarahi anak mereka kerana tidak mahu anak mereka untuk masuk campur dengan hal-hal peribadi . Dengan kemarahan , anak-anak mereka akan menyedari bahawa ibubapa mereka tidak kisah dengan mereka dan takut dimarahi lagi .

Walaupun persoalan ini mempunyai kesan negatif,ia juga mempunyai kesan positif . Salah satu kesan positif ialah perhubungan dekat dengan teman-teman. Ada di kalangan remaja kini lebih mementingkan teman kerana kawan sentiasa mendukung segala keputusan bail yang selalu menberbuat .

Satu lagi kesan ialah ramai remaja sekarang sering berkongsi rahsia dan masalah kepada kawan mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi walaupun ia perbuatan yang baik , ia juga membawa kesan negatif seperti kawan membocorkan rahsia myang dibilang oleh kawan mereka . Kini,kesalahfahaman selalu timbul kalau remaja terlalu mempercayai kawan setia mereka .

Namun begitu , remaja juga dapat meluangkanlebih banyak masa dengan teman kerana kebanyakan remaja lebih menyukai bersama dengan kawan daripada keluarga .

Walaupun persoalan ini mempunyai kesan positif,ibubapa harus sedar bahawa anak mereka lebih penting daripada segalanya . Ibubapa juga harus menyayangi anak mereka sebelum mereka menghilang dari kehidupan ibubapa nanti .

No comments:

Post a Comment